Bagi mereka yang belum mengetahui cara-cara untuk menyenaraikan senarai terkini newsletter, pihak kami ada menyediakan panduan untuk pengurusan lists newsletter di bawah.

 

Senarai List Terkini

Dari menu dashboard, Tuan/Puan perlu klik pada View all lists seperti dalam gambar di bawah.

Di paparan ini Tuan/Puan dapat melihat:

  1. List: Senarai newsletter mengikut kategori subscriber.
  2. Active: Jumlah subscriber yang aktif melanggan newsletter.
  3. Unsubscribed: Jumlah subscriber yang telah membatalkan langganan newsletter.
  4. Bounced: Jumlah email yang tidak sampai ke inbox subscriber.
    *ini kerana email customer tidak valid ataupun customer melabelkan email
                        Tuan/Puan sebagai spam.

Dari paparan senarai list, klik pada “Add a new list

Isikan nama list yang Tuan/Puan inginkan.
Klik “+Add”.

Seterusnya, senarai subscriber Tuan/Puan boleh dimasukkan ke list baru melalui dua pilihan/cara.

1. Import via CSV file

*Pastikan file Excel Tuan/Puan dalam format “CSV” sebelum import ke dalam sistem.
Untuk CSV file (sila rujuk keterangan tentang cara untuk Save As CSV File).

Setelah Tuan/Puan klik “Choose File”, satu popup window akan keluar seperti gambar di atas. Pilih file csv Tuan/Puan, kemudian klik “Open”.

Klik “import”.

Setelah Tuan/Puan klik “import”, Tuan/Puan akan kembali kepada paparan seperti gambar seterusnya.

Kotak merah di dalam gambar di atas menunjukkan list Tuan/Puan sedang diproses (import subscriber daripada csv file).

Satu komen untuk “Bagaimana Cara Untuk Menyenaraikan List Terkini Newsletter”