Sistem Pengurusan Tiket Online


Jualan tiket seminar ataupun kelas secara online. Pakejkan tiket seminar + produk upsell. Urus database senarai peserta dengan efektif.

Fokus Kepada Jualan Tiket Seminar & Kelas Anda. Biar Kami Handlekan Infrastruktur & Sistem Disebaliknya

jualan-tiket-seminar

Pakejkan Tiket Seminar Yang Dijual

Untuk satu-satu seminar yang dijalankan, anda mungkin sudah siap sedia pakejkan kepada, contohnya:

  1. Pakej Superman (Hanya limited kepada 50 seating sahaja)
  2. Pakej Batman (Selepas seating Superman tamat, pakej ini pula dibuka)
  3. Pakej Spiderman (Ini mungkin pakej paling last, mungkin untuk mereka yang lewat membeli)

Untuk setiap pakej itu, mungkin ada upsell produk yang tersendiri. Contohnya Combo Buku 4+1.

bayaran-online

Integrasi Dengan Payment Gateway + Manual Bank Transfer

Statistik kami menunjukkan, 2/3 pembeli tiket seminar masih menggunakan pilihan bayaran manual bank transfer. Hanya 1/3 sahaja yang memilih menggunakan payment gateway.

Cadangan kami, gunakan kedua-dua pilihan ini. Berikan pilihan kepada bakal pembeli.

tiket-seminar-attandee

Boarding Pass

Selesai sahaja pengesahan bayaran oleh pihak pembeli (Confirmed Order), sistem secara auto akan menghantar boarding pass kepada emel attendee.

Pihak attendee print dan bawa boarding pass ini semasa hari seminar untuk proses check-in. Fungsi barcode scanning juga tersedia.

admin-dashboard

Ruangan Admin Dashboard

Ruangan admin untuk kegunaan internal pihak syarikat. Urus seminar yang sudah & bakal berlangsung, senarai tiket yang telah dikeluarkan, followup pembeli dengan goodies-goodies yang menarik, import-export database, reporting sales dan sebagainya.

mobile-check-in-apps

iOS & Android Apps

Khas untuk kegunaan pihak AJK dan krew-krew seminar:

  • Scan barcode tiket untuk kenalpasti attendee
  • Lihat detail event yang dijalankan (masa, lokasi, koordinat GPS)
  • Lihat senarai penuh attendee untuk setiap seminar yang dijalankan
  • Carian attendee menerusi nama ataupun tiket ID

export-attendee-excel

Export Senarai Peserta ke Excel

Export kesemua senarai peserta ke fail Excel hanya dengan SATU klik sahaja. Pihak sales & admin boleh jadikan fail ini sebagai rujukan dan reporting purpose kepada pengurusan.

Juga boleh digunakan oleh pihak AJK semasa event berlangsung.

prebuilt-invoice

Invoice Untuk Rekod & Rujukan

Invoice digenerate secara auto (termasuk setting GST 6% jika perlu) untuk rujukan pihak akaun dan salinan kepada pembeli.

Klien & Pengguna