Apa Itu Emel Marketing?

Emel marketing ialah satu kaedah komunikasi langsung di antara peniaga dan prospek menerusi penghantaran mesej kepada individu atau sekumpulan orang menggunakan emel.

Biasanya ada cara tertentu supaya semua emel berkenaan hanya dihantar kepada individu atau sekumpulan orang yang berpotensi untuk bertukar menjadi pelanggan kepada sesuatu perniagaan atau produk.

Penggunaan mesej emel dalam emel marketing biasanya bertujuan mengirim iklan, promo atau pengumuman bagi membina kesedaran dan kepercayaan mengenai kewujudan sesuatu produk, servis atau jenama di kalangan prospek  yang belum membuat sebarang belian atau pernah membuat belian.

Kaedah ini juga sangat sesuai dan berkesan untuk membina kesetiaan di kalangan pelanggan sedia ada.

Dalam perniagaan online terutamanya, kepercayaan dan kesetiaan amat perlu, malah prasyarat penting yang memungkinkan berlakunya belian baru atau belian berulang.

Malah, kaedah emel marketing ini juga berupaya menghasilkan tindakan oleh prospek untuk membuat belian terhadap produk atau servis lain oleh peniaga sama.

Bagaimana Emel Marketing Dapat Menghasilkan Jualan?

Emel marketing boleh dihantar ke senarai penerima, biasanya dalam kumpulan sasaran tertentu serta khusus serasi dengan produk atau servis yang bakal ditawarkan.

Bagaimanapun, ini bukan bermakna pengenalan atau tawaran pembelian kepada prospek patut dibuat seawal emel pertama. Tidak semestinya begitu. Ini kita akan perincikan kemudian.

Dalam hal ini, emel marketing biasanya bermula dengan kerja mengumpulkan email prospek, terutama dalam niche yang sama.

Justeru, senarai email prospek sangat perlu.

Biasanya ini dilakukan dengan membuka langganan atau muat turun bahan atau info panduan tertentu secara percuma di blog atau laman web. Pemberian bahan percuma ini termasuklah dalam bentuk ebook, perisian, grafik dan sebagainya.

Ternyata, emel marketing adalah satu daripada instrumen pemasaran yang ampuh dan berkesan untuk mendapatkan bakal pelanggan atau prospek.

Mari kita lanjutkan.

Bagaimana Cara Lebih Mudah Memahami Emel Marketing?

Antara cara mudah untuk lebih faham apa itu emel marketing ialah menerusi sedikit analogi.

Kita andaikan begini. Seseorang sedang dalam perjalanan menuju satu destinasi yang agak jauh. Dalam perjalanan, banyak perkara beliau perlu dan mesti lakukan untuk tiba di destinasi berkenaan.

Itulah emel marketing. Sebelum bermula bagi satu perjalanan penting ini, individu berkenaan perlu menentukan ke arah mana beliau mahu pergi dan tiba di destinasi. Ini adalah bahagian penting bagi perjalanan berkenaan – menentukan halatuju dan titik tempat tiba.

Ini bermakna, dalam kes emel marketing, anda tidak patut bermula tanpa tahu dan pasti arah tuju atau matlamat perjalanan anda, iaitu apa yang anda mahu capai daripada gerak kerja emel marketing berkenaan.

Anda tidak boleh dan tidak wajar memandu seperti orang mabuk atau dalam samar-samar – tidak tahu hala tuju.

Contohnya, dengan menggunakan teknik emel marketing itu, anda mungkin bertujuan meningkatkan angka jualan, sekali gus meraih perolehan perniagaan yang lebih tinggi berbanding tahap sekarang.

Ini penting. Apabila anda sudah jelas matlamat yang mahu dicapai daripada sesuatu gerak kerja emel marketing, anda akan tahu sendiri jika ada benar-benar sudah tiba di destinasi yang ditetapkan untuk dituju itu.

Dengan ketetapan dan kejelasan matlamat yang mahu dituju inilah akan menjadikan gerak kerja emel marketing anda lebih fokus. Malah, anda akan menjadi lebih tahu dan lebih jelas apa yang patut anda buat untuk sampai ke matlamat itu.

Dalam kes emel marketing, contohnya, anda akan tahu secara pasti apa alat (tools), konten dan teknik yang patut dipilih untuk digunakan dalam gerak kerja emel marketing bagi memastikan matlamat tercapai.

Berdasarkan analogi sebuah perjalanan tadi, anda kini bolehlah dikatakan sudah jelas laluan mana patut diambil atau jika perlu, memilih jalan pintas yang tidak memungkinkan anda  membuang masa atau mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke destinasi.

Namun, “jalan pintas” dalam emel marketing mestilah yang betul-betul realistik dan terbukti sudah berkesan. Jangan “main ikut-ikut” atau terpengaruh dengan mana-mana dakwaan tidak tentu hala konon teknik itu dan teknik ini akan membolehkan emel marketing anda berkesan serta berjaya.

Sebaliknya, buatlah sedikit kajian, pembacaan dan bertanya atau berguru dan rujuk kepada mereka yang arif lagi jujur dalam soal emel marketing. Banyak juga laman web, termasuk dalam bahasa Melayu, boleh dirujuk.

Satu lagi bahagian penting bagi apa juga perjalanan ialah menentukan cara untuk sampai ke destinasi dan laluan mana yang anda akan ambil untuk sampai ke destinasi.

Dalam emel marketing juga sama. Anda perlu tentukan bagaimana untuk anda sampai kepada matlamat gerak kerja emel marketing yang anda mahukan dan apa cara yang anda akan gunakan untuk capai matlamat berkenaan.

Satu lagi aspek penting bagi setiap perjalanan ialah bagaimana cara untuk sampai ke destinasi anda. Dalam emel marketing, ini kita sebut sebagai bagaimana untuk sampai ke matlamat pemasaran yang anda tetapkan.

Malah, dalam emel marketing, anda sepatutnya tahu dan jelas apa strategi dan taktik yang perlu digunakan untuk sampai kepada matlamat pemasaran anda.

Antaranya, perlukah anda mengirim emel atau newsletter secara harian, mingguan atau bulanan? Dan, apa kandungan yang patut anda muatkan dalam setiap emel atau newsletter berkenaan?

Bukan itu sahaja. Anda juga perlu mengambil kira masa dan tempoh paling sesuai untuk mengirimkan semua bahan berkenaan kepada prospek. Ini tentu tidak boleh wewenang. Semua itu perlu diukur dan ditentukan.

Dan, satu lagi perkara penting bagi apa juga perjalanan ialah sama ada anda ingin memandu sendiri atau mengupah pemandu lain yang lebih bertenaga, tahu selok belok laluan ke destinasi serta faham aspek teknikal kenderaan anda.

Kemampuan pemandu pula banyak bergantung kepada jentera atau kenderaan yang akan digunakan, termasuklah tahap kuasa enjinnya serta jenis bahan api terbabit.

Semua ini turut mempengaruhi tahap kelajuan, keselesaan, kecepatan dan masa yang diambil untuk tiba di destinasi.

Hal sama wujud di dalam gerak kerja emel marketing. Anda perlu memilih sama ada untuk melakukan sendiri atau mengupah pakar yang arif mengenai selok belok emel marketing serta memanfaatkan semua alat berkaitan.

Sudah tentu ia akan membabitkan sedikit kos, tetapi hasilnya berbaloi. Malah, mungkin di luar jangkaan berbanding melakukan sendiri dengan ilmu dan kemahiran terhad!

Mengapa Emel Marketing Penting?

Sementara itu, sekali lagi tulisan ini mahu menyakinkan anda bahawa emel marketing adalah sesuatu yang “must” (tidak dapat tidak mesti ada) dalam kerja pemasaran.

Berikut ialah antara beberapa sebab anda wajib menggunakan emel marketing.

1. Murah

Berbanding pelbagai cara lain untuk mempromosikan bisnes, termasuklah menerusi pengiklanan online dan offline, pemasaran menerusi kaedah emel marketing secara relatifnya sangat murah.

Dan, sesiapa juga sama ada dari organisasi besar atau individu, membuka email saban hari tanpa perlu membayar sesen pun. Justeru, emel marketing dari segi kos, adalah pilihan yang sangat bijak.

2. Mudah Sampai Kepada Prospek

Satu lagi sebab mengapa anda patut menggunakan emel marketing ialah kaedah ini sangat mudah bagi membolehkan mesej pemasaran anda sampai kepada prospek.

Berbanding cara-cara lain, emel marketing sampai kepada prospek pada masa yang anda sendiri pilih dan tentukan.

Dan, mesej pemasaran anda tiba langsung ke mata dan fikiran prospek! Inilah hebatnya emel marketing!

3. Mudah Dinilai

Maksud mudah dinilai ialah anda akan dapat tahu dengan pasti sama ada prospek yang anda pilih telah bertindak mengikut apa yang anda tetapkan atau tidak.

Anda tidak perlu banyak tertanya-tanya. Dengan menggunakan perisian emel marketing tertentu, anda dapat melihat berapa ramai membuka email yang anda hantar, malah anda dapat tahu bilangan mereka yang klik pada pautan (link) dan  bilangan yang berhenti melanggan email dari anda.

Semua maklumat ini akan membolehkan anda membuat penambahbaikan dari segi konten dan desain.

4. Lebih Bersifat Peribadi

Ini sangat ketara. Konten emel marketing anda boleh direka seolah-olah anda sedang bercakap-cakap secara hati ke hati di antara anda dan penerima email menjadikan seolah-olah hanya beliau seorang menerima email terbabit.

Ini sebenarnya sangat berkesan dari segi kerja pemasaran – sentuhan dan layanan peribadi.

Ingat! Pemasaran yang berjaya biasanya bermula dengan hubungan peribadi, terutama dalam menyediakan penyelesaian kepada masalah perseorangan, yang membawa kepada kepercayaan dan keyakinan!

Akhirnya, berlakulah apa yang kita panggil sebagai  “pembelian”.

5. Tepat sasaran

.

Dalam emel marketing, setiap email yang dikirimkan ke sasaran anda adalah setelah mengambil kira siapa sasaran berkenaan.

Ini bermakna, hanya prospek yang dikenal pasti memerlukan maklumat atau mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah khusus sahaja akan dikirimkan email berkenaan.

Email berkenaan sudah tentu akan mengandungi apa sahaja maklumat berkaitan. Dalam kata lain, email berkenaan benar-benar menepati sasaran.

Apa impaknya apabila email yang dihantar itu menepati apa yan dicari atau dikehendaki prospek?

Impaknya sangat besar dan positif. Kebarangkalian prospek untuk membuat belian sangat besar!

Inilah hebatnya kaedah emel marketing yang jarang-jarang ada pada kaedah pemasaran lain.

 

Banyak lagi kelebihan emel marketing

Sebenarnya banyak lagi kelebihan emel marketing. Antaranya ialah dari segi meningkatkan kesedaran jenama tanpa henti tidak kira siang atau malam – 365 hari setahun, 24 jam sehari  dan tujuh hari seminggu.

Sangat fantastik. Emel marketing bekerja untuk anda tidak kira waktu. Anda boleh setkannya atau automasikannya.

Ini bermakna gerak kerja emel marketing akan mendedahkan perniagaan dan jenama anda kepada pengguna hampir sepanjang masa.

Menerusi gabungan kandungan dan rekabentuk menarik, populariti perniagaan dan jenama anda akan meningkat dari semasa ke semasa. Imej perniagaan dan jenama anda akan cecah secara terus ke pengetahuan prospek.

Ini bermakna, dengan kaedah emel marketing,  prospek anda yang berada di dalam pangkalan data (database) anda akan lebih cenderung atau berminat menghubungi anda, kemudian membuat pembelian terhadap produk atau servis yang anda tawarkan.

Ia tidak mustahil. Malah, lebih mudah berlaku apabila emel marketing yang anda jalankan berjaya “menghubungkan”  produk atau servis anda dengan prospek.

Ternyata peningkatan kesedaran prospek terhadap perniagaan dan jenama akan menghasilkan jualan demi jualan. Di sinilah, emel marketing menjadi sentiasa penting dan perlu.

Alat (Tools) Emel Marketing

Seperti analogi  sebuah perjalanan di atas tadi, emel marketing juga memerlukan alat (tools) tertentu untuk menggerakkan dan menjayakannya.

Dan, tidak kurang penting juga ialah anda sendiri perlu tahu dan faham apa istilah-istilah tertentu yang berkaitan dengan emel marketing.

Bagaimanapun, jika anda menyerahkan tugas ini kepada pakar, beban anda dari segi ini sedikit berkurangan.

Memang pada peringkat awal, mungkin akan ada sedikit kekeliruan dalam memahami beberapa  istilah dan alat emel marketing. Ini normal. Ia bukan masalah besar.

Anda akan temui beberapa istilah dan alat emel marketing seperti autoresponder, lead magnet dan sebagainya.

Namun percayalah, perlahan-lahan tetapi pasti, anda akan menguasai semua perkara berkenaan.

Semua istilah dan alat berkenaan akan diperincikan di dalam artikel lain, kemudian.

Untuk peringkat ini, cukup jika anda faham serta nampak bagaimana emel marketing menjadi sangat penting kepada sesuatu perniagaan dan jenama.

 

Nak cuba Email Marketing? Daftar RM 20 dan nikmati PERCUMA 1000 Subcriber!

Layari: https://mailniaga.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Chat with us