Okay jujur kami cakap, untuk dapatkan engagement dengan pelanggan anda dari tahun ke tahun semakin susahkan? Setiap tahun mesti kena update cara marketing kalau tak, alahai ketinggalan dengan pesaing yang lain. Itu sebabnya anda tidak boleh bergantung pada satu cara marketing sahaja sekarang.Kena ada pelbagai cabang marketing dan pastikan anda sentiasa “menghantui” pelanggan anda walau di mana pun mereka berada! Kita ambil contoh, sekarang ni zaman smartphone. Ramai orang guna smartphone untuk bersosial seperti di Facebook, Instagram dan lain-lain media sosial. Dan lagi sakit bagi orang bisnes bila ramai sangat, perniagaan lain yang menggunakan peluang ini untuk memasarkan produk mereka melalui iklan-iklan di platform media sosial ni. Fuhh, memang sakit. Mana tak sakit, kos iklan makin tinggi lepastu persaingan harga lagi. Lagi-lagi kalau ada yang buang harga, itu lagi sakit.
Medium Pemasaran Yang Lain
Okay cuba anda tanya diri sendiri, ada tak perniagaan lain yang gunakan medium pemasaran ni:
- Emel marketing: Ramai sangat ni. Antara medium evergreen, dah ada sebelum Facebook wujud lagi!
- Media sosial: Ni kita dah jawab kat atas, memang yang paling ramai guna sekarang.
- SMS Blast: Err, ada lagi ke orang guna sms sekarang ni??
Okay jadi dalam artikel kali ni kita akan cuba bincangkan, SMS Blast ni sesuai ke tak, relevan ke tak relevan pada tahun 2020 ni?
(Spoiler Alert: YA MASIH RELAVAN!)
SMS Masih Relevan Ke? Mari Tengok Hasilnya
Case Study 1
Actions speak louder than words.
Ini adalah antara hasil dari SMS blast klien kami. Kalau anda tanya, SMS ni masih relevan ke tak, ini jawapannya! Cuba anda kira balik dengan kos yang anda laburkan untuk FB Ads ataupun Instagram Ads. Mesti jauh bezakan ROI yang anda dapat dengan SMS Blast?Kalau diikutkan dari case study di atas ni, klien kami cuma perlu belanjakan RM8 untuk dapatkan 5 sales (RM1000 hasil jualan)! Kalau di FB Ads, RM8 anda mungkin baru dapat 2-5 PM dari ads. Ini baru PM, bukan lagi sales. Huhu. Kalau anda ada database pelanggan sedia ada, lagi mudah kerja anda.
Case Study 2
Okay yang kedua ni case study dari Amiruddin Ahmad a.k.a Uncle Tiger. Buat yang belum mengenali beliau, Uncle Tiger ni antara otai yang mengaplikasikan Social Hack dalam pemasaran. Walaupun beliau pernah dikecam kerana mengajar menggunakan SMS bagi tujuan pemasaran, namun beliau membuktikan kepada mereka yang SMS Marketing Is Not DEAD! SMS marketing masih relavan sehingga ke hari ini jika kena dengan gaya dan kaedahnya. Dari status beliau, anda boleh tengok macam mana sebuah restoran mengaplikasikan kaedah SMS Marketing dalam mengiklankan perkhidmatan delivery mereka.
Anda cuma perlu lebih kreatif untuk menarik pelanggan anda supaya mereka dengan “sukarela” menghantar SMS kepada anda! Seperti anda dapat lihat dalam gambar di atas, Restoran Mek Lin menawarkan “SEEKOR UDANG GALAH PERCUMA”. Siapa tak nak kan, udang galah kot. Dapat free pulak tu. Bijak-bijak.
Sekadar Renungan Buat Yang Masih Ragu-ragu
Pelanggan Baru VS Pelanggan Lama
Nak cara lagi mudah untuk buat sales? Blastkan SMS ke nombor pelanggan sedia ada dan tunggu mereka buat pembelian. Menjual kepada pelanggan sedia ada lebih mudah kerana mereka sudah ada kepercayaan dengan produk anda. Malah, kosnya lebih murah kalau nak dibandingkan dengan mencari pelanggan baru. Nampak tak game SMS blast kat sini?
KELEBIHAN SMS BLAST
Kelebihan #1. SMS mempunyai best engagement rate berbanding platform pengiklanan yang lain.
Emel kalau dihantar, tidak akan segera dibuka. Kalau ada phone call, kalau tak kenal, kita tak jawab lagi-lagi kalau pakai apps yang boleh detect siapa call tu. Tapi kalau SMS, bila dihantar, orang dah boleh baca isi SMS tu walaupun tak dibuka. Mesej tu sampai kepada pelanggan walaupun belum dibuka (read).
Kelebihan #2. Boleh lihat laporan SMS yang dah dihantar.
Kalau anda menggunakan perkhidmatan dari SMS Niaga, anda boleh lihat sendiri semua SMS yang anda hantar. Status SMS tersebut samada berjaya atau gagal semua boleh dilihat dengan mudah. Jadi lagi mudah untuk anda mendapatkan data yang tepat untuk setiap kempen pemasaran yang anda jalankan.
Kelebihan #3. Kandungan yang interaktif.
Anda ada produk baru yang nak dilancarkan? Gunakan SMS blast untuk maklumkan kepada database pelanggan anda. Sediakan offer yang menarik dan blastkan SMS kepada semua pelanggan. Jangan lupa masukkan link ke offer yang anda tawarkan tu.
Kelebihan #4. Penghantaran SMS segera.
Bila anda menggunakan SMS sebagai medium pemasaran, semua SMS akan sampai kepada nombor telefon pelanggan anda dengan kadar segera. Lepas je tukan butang Send, semua SMS akan masuk ke inbox pelanggan. Jangan terkejut kalau dalam masa 5 – 10 minit lagi dah ada orang yang buat bayaran!
Kelebihan #5. Ada Personal Touch.
Bila guna SMS, anda boleh karang SMS yang ada nilai personal touch. Lebih senang kata yang dekat dengan hati pelanggan. Macam mana tu? Tak fahamlah. Mudah je sebenarnya, gunakan kata ganti diri seperti
“Husna ada special offer untuk awak tau. Khas untuk pelanggan setia Husna. Klik link di bawah ye untuk awak claim special offer ni.”
Dalam SMS ni, kata ganti diri Husna dan awak tu ada personal touch. Sangat sesuai kalau pelanggan anda memang dari kalangan wanita!
STRATEGI PEMASARAN SMS YANG PALING BEST
Tips #1. Kupon: Offer diskaun kaw-kaw
Gunakan SMS blast untuk offer diskaun kepada pelanggan yang sedia ada. Kalau betul gayanya, anda jangan terkejut sales dari SMS ni je dah cukup WOW berbanding pakai iklan berbayar. Berikan kupon diskaun kepada mereka melalui SMS yang anda hantar. Kalau anda perasan, Dominos Pizza banyak buat macam ni.
Tips #2. Beri diskaun sempena hari lahir.
Kalau anda ada database pelanggan lengkap dengan tarikh lahir mereka, gunakan SMS blast untuk offer diskaun istimewa sempena hari lahir mereka. Banyak brand-brand besar yang buat macam ni. Cuba offer diskaun untuk pembelian pada bulan tersebut (bulan hari lahir).
Tips #3. Buat cabutan bertuah.
Anda boleh buat cabutan bertuah kepada mana-mana pembeli yang membuat pembelian dalam tempoh tertentu, Hebahkan mengenai cabutan bertuah ini melalui SMS dan tarik perhatian mereka supaya join cabutan bertuah tersebut. Jangan lupa untuk sediakan hadiah yang menarik juga!
SERVIS SMS BLAST TERBAIK?
Okay dah panjang kita berbincang mengenai pemasaran SMS ni. Jadi mesti anda tertanya-tanyakan apa kelebihan SMS Niaga kan?Apa kelebihanan yang yang SMS NIaga tawarkan?
Kelebihan Menggunakan Sistem SMSNiaga.com
Bila anda mula menggunakan sistem kami di SMSNiaga.com anda akan dapat 9 kelebihan berikut:
-
- Ada laporan SMS yang dihantar. Semua SMS yang anda hantar akan ada laporan samaada berjaya, gagal atau pending.
- Boleh import nombor pelanggan anda dengan menggunakan fail format Microsoft Excel.
- Dah ada ‘template’ SMS sendiri? Boleh simpan dan gunakan semula nanti.
- Nak hantar pada waktu tertentu dan hari tertentu? Boleh tak ada masalah, semua SMS boleh dijadualkan mengikut kesesuaian.
- Ada database pelanggan yang pelbagai? Jangan risau, semua nombor telefon boleh digroupkan mengikut kategori pelanggan anda.
- Group support yang pantas untuk menjawab sebarang isu atau persoalan anda.
- Lagi banyak guna SMS, lagi murah! Untuk SMS 10 ribu dan keatas, harga cuma RM0.078 sahaja!
- Jangan risau, SMS yang anda hantar tidak akan di block oleh telco kerana semuanya berdaftar dengan SKMM.
- Ada Sales? Ada Promosi Special? Gunakan servis kami untuk buat lebih banyak sales!
PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, SMS Blasting masih lagi relevan pada tahun 2020 dan kami sarankan anda menggunakan perkhidmatan SMSNiaga.com untuk perkhidmatan yang terbaik!